Friday, 6 January 2012

Jom Jalan! Pulau Redang, Terengganu

REDANG LAGOON BEACH RESORT
3 DAYS 2 NIGHTS SNORKELING PACKAGE

* harga pakej 2011 oleh pihak resort, redang lagoon resort (harga 2012 coming soon, tapi lebih kurang camni jugak)

kalau kita tgk harga ikut pakej 2011 ni lebih kurang mcm ni lah;
utk 3/4 org dlm 1 bilik = rm320
kalau 2 org dlm 1 bilik = rm360
harga ni TAK termasuk peralatan snorkeling & tiket masuk ke marine park = rm25
marine park ni memang wajib la pergi kalau dah sampai redang, satu kawasan laut yg dah dizonkan sebagai kawasan lindungan utk komuniti terumbu karang, flora, fauna, ikan macam2, besh woo..

kenapa redang lagoon?
redang lagoon ni terletak dekat long beach.
dan merupakan antara resort yg murah kat long beach.
kenapa long beach?
long beach lak satu port yg best dan happening dalam redang.
refer pic ni..

* laguna, redang beach, redang lagoon tuh adalah kawasan long beach. mungkin sampai redang holiday pon kira long beach kot.

kalau korang perasan, dekat area long beach tuh banyak kan resort.
sebab tuh happening sikit, banyak aktiviti boleh kita buat.
utk honeymoon, resort mutiara kat hujung2 tuh mungkin pilihan terbaik.
memandangkan trip kita ni bukan nak honeymoon, redang lagoon mungkin yg terbaik. 

aku pon x penah sampai sini n xtau pon camne condition kat pulau + resort ni.
just tanya2 kawan dekat FB dan ada sorang akak ni sudi share pengalaman dia stay kat redang lagoon.
refer pic ni..

* thx to akak Noor Faiza yg sudi share pengalaman dia

nak buat apa kat sana nanti? 
ok, pihak resort memang ada sediakan tentatif program.
refer pic ni..

* tentatif program

bila nak pergi?
aku plan tarikh yg sesuai > 15 SEPTEMBER 2012 (Sabtu) - 18 SEPTEMBER 2012 (Selasa) 
16 september cuti hari malaysia.
so kena amik cuti 18 september (1 hari je).
mula2 ingat nak pergi dalam 3 hari je.
tapi bila calculate balik memang tak sempat kalau yang tinggal jauh.
4 hari memang cun.

jumaat malam gerak, sampai sana sabtu pagi.
lepak kat sane 2 malam (sabtu malam ahad & ahad malam isnin).
pagi isnin atau malam gerak balik.
selasa dah sampai. relek2 dulu, rabu kerja balik. sempoi kan? 

macam mana nak join?
benda ni terbuka kepada siapa2 je.
nak pergi kena lah cari geng at least 3 org dalam 1 bilik, atau berdua pon boleh.
yg tak nak pon tak pe.

penganjuran jarak jauh, melibatkan kos yang tinggi dan sebagainya memaksa pihak penganjur tidak campur tangan dalam soal booking2 ni.
semua urusan booking, transport ke t'ganu, cari geng/partner sebilik adalah urusan sendiri dan di bawah tanggungjawab sendiri.
sila berhubung terus dengan pihak resort di talian 09-666 5020/18 (www.redanglagoon.com)

habis tuh kalau pergi nak jumpa kat mana lak nanti?
booking dulu baru boleh sembang.. hehe..
semua laporan terkini sila update di FB ~ Geng 4BDD Nov 07-11 ~

sekian, tq! :)

No comments:

Post a Comment